Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

100: Menubuhkan Komuniti anda

Menjadi sebahagian daripada komuniti yang teguh membentuk semangat kekitaan dalam diri kita. Mari bincangkan kepentingan menentukan tujuan Komuniti anda dan peranan yang dimainkan oleh pentadbir dalam mewujudkan persekitaran yang sihat, iaitu apabila semua ahli saling menghormati dan gembira untuk mengambil bahagian. Ketahui cara menetapkan peraturan dan menubuhkan pasukan pentadbir yang saling menyokong dan membantu anda mengurus komuniti anda dengan jayanya.

Kami akan menyediakan banyak panduan khusus, tetapi komitmen, semangat dan tujuan andalah yang menyatukan komuniti anda.

Petua ringkas:

  • Gunakan perihalan Komuniti untuk menjelaskan tujuan Komuniti anda;
  • Pertimbangkan penonton anda semasa membuat keputusan sama ada untuk memasukkan Kumpulan sedia ada atau mencipta kumpulan baharu;
  • Gunakan Kumpulan Pengumuman untuk menyampaikan peraturan komuniti;
  • Sediakan kumpulan pentadbir sahaja khusus untuk pentadbir Komuniti dan Kumpulan berkomunikasi antara satu sama lain serta memberikan sokongan bersama;

"Komuniti WhatsApp membantu penyusunan subtopik dalam kumpulan, memudahkan sumbangan ahli dan penerimaan maklumat oleh mereka dengan cekap."

- Nirveen, Ibu di Prenzlauer Berg

Apakah itu komuniti dan mengapakah komuniti penting?

Komuniti ialah sekumpulan orang yang bersatu atas dasar keperluan dan minat yang sama. Di WhatsApp, pembangunan komuniti merupakan aktiviti yang didorong oleh matlamat - diinspirasikan oleh minat, tujuan dan pengalaman yang bermakna buat ahli. Wadah ini menyediakan ruang peribadi dan selamat untuk ahli menyertai, berhubung dan menemukan kumpulan baharu yang mereka minati.

Sama ada anda mencipta Komuniti baharu atau menyatukan Kumpulan sedia ada, fikirkan tujuan anda, penonton dan peranan pentadbir dalam pasukan anda.

Komuniti membolehkan anda mengatur perbualan mengikut tema dan mengehadkan beban maklumat dengan menyediakan pilihan untuk berkomunikasi dengan semua ahli sekali gus - melalui Kumpulan Pengumuman.

Mari semak empat aspek penting dalam pengurusan Komuniti:

  • Kembangkan semuaRuntuhkan semua
  • Setiap komuniti mempunyai tujuan, iaitu alasan untuk berkumpul bersama yang menentukan sebab serta cara komuniti tersebut perlu berhubung. Bagi sekolah, mungkin untuk berkongsi jadual terkini, bagi sukarelawan, menemukan cara terbaik untuk bersiap sedia, bagi peminat bola sepak, demi menyokong pasukan kegemaran mereka sepanjang musim.

    Sebaik-baiknya, kenal pasti dan maklumkan tujuan yang ingin dicapai bersama serta manfaat kepada ahli anda. Tujuan yang jelas membantu ahli memahami cara mereka boleh menyumbang.

    Mulakan dengan bertanya kepada diri anda beberapa soalan yang mudah:

    • Kenapa anda ingin menubuhkan sebuah komuniti?
    • Apakah peranan yang dimainkan oleh komuniti anda?

    Setelah tujuan anda ditentukan, teruskan dan cipta Komuniti WhatsApp anda. Anda memerlukan:

    • Foto, yang merakamkan komuniti anda secara visual;
    • Nama, yang mudah diingati dan menggambarkan tujuan anda;
    • Perihal, yang menerangkan secara jelas tujuan komuniti anda.

    Cara mencipta komuniti

  • Dalam usaha membina budaya yang kukuh dan positif, adalah penting untuk memastikan bahawa ahli menyertai komuniti atas tujuan yang betul. Pertimbangkan:

    • Siapakah penonton sasaran anda?
    • Adakah mereka ini sudah pun terhubung menerusi kumpulan WhatsApp?
    • Adakah waktu tertentu kumpulan ini akan memperoleh manfaat daripada menerima maklumat yang sama?

    Contoh seperti berikut: komuniti sekolah mempunyai ibu bapa, guru dan pelajar daripada banyak kelas. Sesetengah pengumuman penting untuk kesemua khalayak tersebut – pengumuman kembali ke sekolah, penutupan sekolah, perhimpunan. Perbualan lain hanya melibatkan segelintir daripada mereka – latihan guru, lawatan pelajar tahun empat, perlawanan bola sepak.

    Fikirkan penonton anda dan cara mereka boleh dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil dan lebih khusus. Perkara ini sangat membantu dalam menentukan sama ada anda patut gabungkan kumpulan sedia ada, atau buat satu kumpulan yang baharu dalam komuniti anda.

    Apabila ahli baharu menyertai kumpulan, tajuk dan perhubungan baharu akan terjalin antara orang ramai. Sebagai pentadbir komuniti, anda mempunyai keupayaan untuk menambah dan mengeluarkan ahli serta kumpulan dalam memastikan komuniti kekal relevan dan positif apabila komuniti kian berkembang.

    Cara menjemput ahli komuniti
    Cara mengalih keluar ahli komuniti

  • Pentadbir komuniti memainkan peranan yang penting dalam mengurus serta menggalakkan interaksi dalam kalangan ahli, dan memastikan komuniti mereka kekal bersatu dan selamat. Untuk menyokong anda menjalankan tugas, Komuniti di WhatsApp menyediakan alatan yang boleh anda gunakan untuk mengurus kumpulan dan ahli anda, serta memastikan pengalaman yang menyeronokkan bagi komuniti anda.

    Sebagai pentadbir komuniti, anda bertanggungjawab untuk membina dan mengekalkan komuniti. Anda akan menjalankan tanggungjawab ini dengan mengurus perbualan sambil memastikan keselamatan komuniti anda. Dalam sesebuah komuniti, setiap kumpulan mempunyai pentadbir kumpulan mereka sendiri, yang bertanggungjawab untuk mengurus kumpulan mereka. Dalam komuniti yang diurus dengan baik, pentadbir komuniti dan kumpulan sering berhubung dengan ahli dan antara satu sama lain, serta selalu memberi peringatan kepada semua supaya menghormati peraturan komuniti.

    Dalam Komuniti di WhatsApp, anda boleh menjimatkan masa dengan menghantar pengumuman tahap komuniti kepada ahli menerusi kumpulan Pengumuman. Penyatuan kumpulan di bawah satu bumbung komuniti menghapuskan keperluan untuk membuat pengumuman berulang-ulang kali pada tahap kumpulan. Buat dan maklumkan peraturan komuniti anda pada peringkat awal bagi menerapkan budaya yang baik dari awal. Peraturan yang bagus memberitahu ahli tentang cara mereka boleh berinteraksi secara positif dengan ahli lain dan menyumbang kepada komuniti. Peraturan boleh membantu untuk mencegah konflik dan mewujudkan perasaan selamat kepada ahli.

    Pertimbangkan peraturan berikut ketika menetapkan garis panduan komuniti anda:

    • Sentiasa Bertimbang Rasa dan Menyeluruh. Sila hormati setiap orang.
    • Ucapan Berunsur Kebencian atau Pembulian Tidak Dibenarkan. Komen dan serangan peribadi yang menjatuhkan maruah tidak dibenarkan.
    • Promosi atau Spam Tidak Dibenarkan - Promosi peribadi dan mesej tidak relevan tidak dibenarkan.
    • Hormati Privasi Semua Orang - Kami menghargai sikap saling mempercayai. Perkara yang dikongsikan dalam kumpulan tidak seharusnya dibawa ke luar kumpulan.

    Sebaik-baiknya, sertakan peraturan dalam perihal komuniti dan siarkan dalam kumpulan Pengumuman. Beri peringatan kepada ahli bahawa sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan tersebut, mereka boleh disingkirkan daripada komuniti. Kerjasama anda dengan pentadbir kumpulan anda juga penting untuk memastikan peraturan komuniti dipatuhi dalam perbualan kumpulan.

  • Sejajar dengan perkembangan komuniti anda, tanggungjawab anda juga turut bertambah. Dalam komuniti besar yang terdiri daripada berbilang kumpulan, anda mungkin memerlukan sepasukan pentadbir untuk berkongsi bebanan tugas. Perkara ini akan membantu dalam memastikan tugasan mampu dilaksanakan oleh mereka yang terlibat, dan tidak bergantung pada hanya seorang.

    Anda boleh menugaskan hingga 20 peranan pentadbir komuniti kepada pentadbir kumpulan atau ahli komuniti yang lain. Ketika mempertimbangkan calon untuk pasukan pentadbir anda, pertimbangkan perkara berikut:

    • Bilangan ahli, kumpulan, dan pentadbir kumpulan;
    • Bilangan pentadbir komuniti yang diperlukan;
    • Pentadbir kumpulan yang mengurus beberapa kumpulan;
    • Pentadbir dan ahli kumpulan yang menyertai perbualan secara aktif dan mempamerkan pertimbangan yang baik;
    • Ahli yang mampu menjalankan tugas pentadbir cth., tugasan seperti mengarang komunikasi, menghubungi pentadbir kumpulan, memantau keahlian dan kumpulan dalam komuniti, dsb.

    Buat kumpulan Pentadbir Sahaja bagi pentadbir komuniti dan kumpulan supaya dapat berhubung dan saling menyokong antara satu sama lain.

    Untuk mengurus bebanan kerja dan kebajikan ahli pasukan pentadbir anda, sebaik-baiknya fikirkan serta bincangkan penglibatan anda dari mula:

    • Berapa banyak masa yang boleh diperuntukkan oleh setiap pentadbir?
    • Apakah tugas dan tanggungjawab yang boleh ditugaskan kepada setiap pentadbir?

    Cara mengurus pentadbir komuniti

Teruskan pembelajaran

Keselamatan adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ketahui kesan keselamatan, privasi dan isu keselamatan kepada komuniti anda dan cara memastikan ahli anda selamat dan saling berhubung.

Kembali ke Gambaran Keseluruhan
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda

SETERUSNYA

101: Membina Komuniti yang Selamat
LIHAT TUTORIAL
KEMBALI KE TERATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap