Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

203: Mengurus dan menugaskan peranan untuk Komuniti berbilang pentadbir

Langkah membangunkan dan melatih pasukan pentadbir anda akan mempertingkat keupayaan anda untuk mengurus komuniti anda serta bertindak balas terhadap masalah. Ketahui cara merekrut pasukan pentadbir yang mantap, membahagikan tugasan, memperkasakan dan menyokong antara satu sama lain, serta menangani kemungkinan konflik.

Petua Ringkas:

  • Rekrut dan kelilingi diri anda dengan pasukan yang hebat
  • Sokong pasukan anda dan buat mereka berasa penting dan relevan
  • Tugaskan peranan mengikut kemahiran dan sering berkomunikasi
  • Tangani konflik dan hormati keperluan ahli untuk berehat

"Kami mempunyai komuniti yang besar dengan pelbagai sub-Kumpulan tentang isu yang berbeza. Memiliki pentadbir yang terlatih untuk mengurus kumpulan secara profesional, cekap dan juga mengembangkan kumpulan dengan mudah adalah penting."

- Arun, Yayasan Pinkishe

Memaksimumkan kerja berpasukan dan menggembleng kekuatan individu

Sebagai pentadbir, anda mungkin terasa seolah-olah anda harus 'sentiasa bersedia'. Mengurus soalan, permintaan dan konflik bukanlah tugas yang mudah. Anda boleh mengambil langkah-langkah secara berpasukan untuk mengelakkan kelesuan dan menangani sebarang cabaran yang mungkin timbul apabila komuniti anda kian berkembang. Bekerjasama dengan pasukan anda untuk menyediakan garis panduan dan tatacara yang jelas untuk berkongsi tanggungjawab dan tugasan dengan mempertimbangkan kekuatan serta had individu.

  • Kembangkan semuaRuntuhkan semua
  • Cara terbaik untuk merekrut pasukan pentadbir anda adalah dengan memilih daripada ahli yang paling aktif atau mereka yang anda tahu mempunyai semangat yang sama seperti anda terhadap komuniti serta nilainya. Anda juga boleh membuat pengumuman untuk mencari sukarelawan atau meminta cadangan pencalonan yang sesuai. Nilaikan sukarelawan dan calon dengan mempertimbangkan sumbangan mereka terhadap misi anda, melihat aktiviti mereka dalam Kumpulan, serta sejarah interaksi mereka dengan ahli lain.

    Idea lain adalah dengan memikirkan kebolehan yang dimiliki oleh pentadbir anda yang tidak dapat anda lakukan. Pasukan yang mempunyai kemahiran serta kepakaran yang saling melengkapi akan membolehkan anda memperkukuh kerjasama serta prestasi pasukan anda. Pada waktu yang sama, pertimbangkan untuk merekrut pentadbir yang mencerminkan kepelbagaian latar belakang komuniti anda. Kemampuan mereka untuk mewakili pandangan yang berbeza dalam kalangan ahli akan membantu untuk merangka strategi serta menangani cabaran berkaitan dengan kandungan atau ahli.

    Sebaik-baiknya, berkomunikasi dengan pasukan pentadbir anda dan tetapkan kriteria bagi menambah pentadbir baharu. Cuba pastikan mereka dapat semuafakat dengan anda dan pentadbir sedia ada. Bilangan pentadbir yang lebih ramai akan membahagikan bebanan kerja, namun juga boleh meningkatkan kerumitan. Pastikan mana-mana pentadbir baharu ialah orang yang anda senangi untuk bekerja bersama.

    Pentadbir komuniti boleh mengalih keluar pentadbir lain. Anda juga boleh mengalih keluar diri anda sendiri, melainkan anda merupakan pembina komuniti. Jika pentadbir ingin menarik diri, maklumkan kepada pasukan anda dan cari pengganti yang sesuai.

    Anda mungkin menghadapi situasi apabila ahli komuniti enggan dinaikkan pangkat kepada pentadbir, atau pentadbir meletak jawatan daripada peranan pentadbir. Jika hal itu berlaku, anda perlu menghormati pilihan mereka, tetapi hubungi mereka untuk memahami kebimbangan dan sebab mereka berbuat demikian.

  • Apabila anda menambah ahli baharu ke dalam komuniti dan pasukan pentadbir, anda perlu menyokong mereka dengan menyediakan latihan, alat dan sumber. Jangan lupa maklumkan kepada mereka - tentang Pusat Pembelajaran Komuniti!

    Pertimbangkan untuk menubuhkan kumpulan pentadbir sahaja bagi membolehkan pasukan berhubung antara satu sama lain, mendapatkan panduan dan memberikan maklum balas. Tugaskan seorang pentadbir sedia ada sebagai mentor atau rakan kepada rekrut baharu untuk membantu dan menjawab sebarang soalan yang mereka ajukan. Sebaik-baiknya, aturkan aktiviti sosial secara berkala supaya pentadbir dapat berehat dan mengeratkan hubungan.

    Pastikan pasukan anda tahu betapa bernilainya mereka kepada anda dengan mengucapkan tahniah dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah mereka berikan.

    Jangan lupa perhatikan tanda-tanda tekanan yang berlebihan. Galakkan pasukan anda agar menghubungi pentadbir lain untuk mendapatkan sokongan. Sila berehat jika perlu.

  • Apabila komuniti anda berkembang, anda harus berkongsi dan mengagihkan beban kerja pentadbir anda. Penjadualan panggilan kumpulan pentadbir secara berkala untuk berkongsi maklumat, membincangkan masalah dan menyelaraskan tugasan ialah satu amalan yang baik.

    Usaha memahami pelbagai kekuatan dan kemahiran dalam pasukan anda akan membantu anda menugaskan peranan dan bersepakat dalam menentukan tanggungjawab setiap pentadbir. Sebagai contoh, seorang pentadbir mungkin mahir dalam pengurusan konflik, jadi anda mungkin akan mempertimbangkan untuk meminta mereka mengendalikan situasi yang sensitif.

    Jangan lupa untuk bersepakat tentang waktu bekerja bagi setiap pentadbir serta sentiasa ingat bahawa ahli komuniti anda mungkin memerlukan sokongan berterusan. Sebaik-baiknya, bincangkan tempoh yang anda harapkan untuk pentadbir menjawab soalan daripada ahli.

  • Apabila bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan, konflik mungkin akan timbul. Sekiranya anda berasa kecewa atau marah, ambil masa untuk menenangkan diri anda. Jika anda mendapati ada ahli pasukan yang tertekan atau terganggu, berbincanglah secara bertimbang rasa dan cadangkan agar beliau merehatkan diri.

    Dengar dengan teliti dan ajukan soalan untuk lebih memahami perkara yang menyebabkan kekecewaan sebelum anda memutuskan langkah penyelesaian. Anda mungkin perlu mempertimbangkan peranan lain yang mungkin lebih sesuai untuk mereka.

    Sebelum mengalih keluar pentadbir, berbual bersama mereka untuk memberitahu mereka tentang kesan tindakan mereka terhadap pentadbir lain dan/ atau komuniti. Inilah peluang untuk memberikan maklum balas dan bagi mereka berusaha untuk memperbaiki sikap mereka.

    Sekiranya mereka masih tidak dapat bekerjasama, keluarkan mereka daripada pasukan pentadbir, namun benarkan mereka untuk kekal dalam komuniti anda. Pertimbangkan untuk membuat pengumuman tentang perubahan tersebut, doakan kejayaan mereka dan teruskan seperti biasa.

Teruskan pembelajaran

Ketahui cara pelbagai komuniti menggunakan Komuniti WhatsApp untuk berhubung, berkongsi maklumat dan bekerja bagi tujuan yang sama. Jangan lupa raikan pencapaian mereka.

Kembali ke 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Bermasalah
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda

SETERUSNYA

Pembina Komuniti Kami
LIHAT TUTORIAL
KEMBALI KE ATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap