Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

Givers Arena

"Hidup lebih mudah dengan Komuniti. Penyulitan hujung ke hujung memastikan privasi dan memberikan jaminan kepada semua pihak yang terlibat bahawa kandungan selamat."

- Folashade

Givers Arena menggunakan Komuniti WhatsApp untuk Menyokong Golongan Yang Memerlukan di Nigeria.

Adex Adebukola telah menghadapi cabaran yang cukup besar. Warga Nigeria berusia 41 tahun itu hidup serba kekurangan dan tidak mampu membeli makanan yang mencukupi untuk keluarganya.

Beliau berdoa kepada Tuhan agar mengurniakan sekurang-kurangnya dua hidangan dalam sehari dan sebagai balasan, beliau berjanji akan membantu insan lain.

Pada tahun 2017, Adebukola melakar kejayaan dari segi kewangan yang membolehkannya melancarkan perniagaan pakaian terpakai di Lagos, iaitu bandar komersial terbesar di Nigeria. Perniagaan itu berjaya dan demi memenuhi perjanjiannya dengan Tuhan, beliau mencipta kumpulan Facebook untuk mengumpulkan dana secara besar-besaran bagi mendapatkan bantuan dan menghubungkan insan yang memerlukan.

"Sambil duduk, saya berfikir, apakah nama yang sesuai untuk kumpulan itu?" katanya. "Saya akan mengumpulkan para dermawan untuk meringankan beban mereka dan sebagai balasan, anda selaku pemberi dana yang merealisasikan impian itu dan begitulah nama "Givers Arena" tercipta."

Adebukola mendaftarkan "Giver's Arena" sebagai badan amal dan telah menghijrahkan ramai ahli kumpulan Facebooknya ke kumpulan WhatsApp yang berbeza pada 2017 untuk "menyatukan para pemberi dan penerima."

Kekurangan kakitangan menyukarkan pengurusan semua kumpulan di seluruh Nigeria, Cameroon, Ghana, Afrika Selatan dan United Kingdom, jadi beliau memutuskan untuk mencuba Komuniti WhatsApp supaya beliau boleh memuatkan semua kumpulan di satu tempat.

"Hidup lebih mudah dengan Komuniti," kata Folashade Oluwatobi, Pentadbir "Givers Arena" yang mengurus enam zon di tiga negeri di Nigeria. "Saya boleh menyiar sekali dan kesemua enam kumpulan menerima maklumat sekali gus."

"Pada Komuniti, saya juga boleh mengehadkan keupayaan ahli untuk menyertai berbilang kumpulan dan mendapat manfaat daripada hadiah percuma dari lokasi lain yang lebih dekat dengan mereka. Mereka dapat melihat kumpulan lain tetapi tidak boleh menyertai, hanya pentadbir sahaja yang boleh membenarkan mereka,” ujar Folashade.

Komuniti WhatsApp juga menjamin privasi dan memberikan keupayaan untuk membendung mesej negatif dan melakukan penyelarasan dengan Pentadbir lain dalam usaha menangani isu sensitif seperti keganasan rumah tangga. Hakikatnya, wadah ini kini menjadi gudang penyimpanan bahan bukti dan akan digunakan untuk melawan pelaku.

"Penyulitan hujung ke hujung memastikan privasi dan memberikan jaminan kepada semua pihak yang terlibat bahawa kandungan selamat," kata Folashade. "Anda juga boleh memadamkan kumpulan dan mesej secara kekal."

Bagi orang yang masih belum mencuba Komuniti WhatsApp, beliau berkata, "Mereka terlepas banyak manfaat. Melainkan jika mereka tidak mahu menjalinkan perhubungan erat dengan berbilang kumpulan. Sebagai badan amal yang memberi sokongan kepada orang perseorangan, jalinan keakraban ini penting sekali."

Kembali ke Raise a Genius Kid
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda

SETERUSNYA

Soy Super Papa (Saya Bapa Yang Hebat)
LIHAT TUTORIAL
KEMBALI KE ATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap