Langkau untuk ke kandungan
  • Halaman utama
    • Hantar mesej secara peribadiKekal berhubungBerhubung dalam kumpulanLuahkan diri andaWhatsApp untuk perniagaan
  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Muat turun
Muat turun
Terma & Dasar Privasi2025 © WhatsApp LLC
Halaman Utama WhatsAppHalaman Utama WhatsApp
    • Mesej secara peribadi

      Penyulitan hujung ke hujung dan kawalan privasi.

    • Kekal berhubung

      Mesej dan panggilan secara percuma* di seluruh dunia.

    • Berhubung dalam kumpulan

      Pemesejan kumpulan menjadi mudah.

    • Luahkan diri anda

      Nyatakan dengan pelekat, suara, GIF dan banyak lagi.

    • WhatsApp perniagaan

      Hubungi pelanggan anda di mana-mana sahaja.

  • Privasi
  • Pusat Bantuan
  • Blog
  • Untuk Perniagaan
  • Aplikasi
Log masukMuat turun
  • GAMBARAN KESELURUHAN
  • Perkara utama untuk difikirkan apabila memulakan komuniti baharu atau memasukkan kumpulan anda ke dalam Komuniti di WhatsApp.

    • 100: Menyediakan Komuniti Anda
    • 101: Membina Komuniti yang Selamat
    • 102: Menjadi Seorang Pentadbir Komuniti yang Baik
    • 103: Cara Melibatkan dan Mengembangkan Komuniti
  • Perkasakan dan bekerjasama dengan pentadbir dan ahli anda untuk membina serta mengekalkan pengalaman komuniti yang memuaskan.

    • 200: Mewujudkan Sempadan dan Mengekalkan Suasana Komuniti Yang Harmoni
    • 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
    • 202: Menguatkuasakan Peraturan Komuniti dan Menangani Ahli Yang Bermasalah
    • 203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
  • Lihat cara orang ramai daripada pelbagai sektor menggunakan WhatsApp untuk mengembangkan komuniti mereka.

    • Pembina Komuniti Kami
    • BTS Army Festapora
    • African Mums in Deutschland
    • Mendidik Anak Genius
    • Givers Arena
    • Soy Super Papa (I’m a Super Dad)

202: Menguatkuasakan peraturan Komuniti dan menangani ahli bermasalah

Penubuhan komuniti yang selamat bermula dengan merangka peraturan yang jelas, khusus dan boleh dikuatkuasakan. Ketahui cara memastikan ahli tahu tindakan yang harus mereka lakukan apabila berdepan dengan kandungan dan orang yang bermasalah, serta cara menguatkuasakan peraturan komuniti secara telus dan konsisten.

Petua ringkas:

  • Bantu ahli memahami masa yang sesuai untuk mengemukakan isu kepada pentadbir, atau WhatsApp
  • Padamkan kandungan berbahaya dengan serta-merta
  • Sekat, alih keluar dan laporkan kandungan serta ahli yang melanggar peraturan komuniti anda
  • Hubungi pihak berkuasa tempatan anda jika terdapat risiko keselamatan yang serius.

"Kami cuba mengurangkan isu dengan sentiasa merujuk garis panduan komuniti kami dan menyediakan kumpulan ad hoc untuk tujuan penyelesaian konflik. Kaedah ini sangat berguna untuk menangani isu sensitif."

- Yohana, Indonesian Babywearers

Memaklumkan tentang peraturan komuniti dengan jelas dan kerap

Peraturan yang bagus mencerminkan nilai komuniti tersebut. Peraturan menerangkan kelakuan yang digalakkan dan kelakuan yang tidak boleh diterima. Perkara ini juga menyatakan dengan jelas tindakan yang akan mengakibatkan amaran, pengalihan keluar atau laporan kepada WhatsApp.

Ahli akan mendapat manfaat dengan mengetahui cara memberikan maklum balas, tindakan yang harus dilakukan apabila ada ahli melanggar peraturan dan cara menghubungi pentadbir sekiranya mereka ada sebarang kebimbangan. Sebaik-baiknya, sertakan pautan ke Terma Perkhidmatan WhatsApp dalam peraturan komuniti anda.

  • Kembangkan semuaRuntuhkan semua
  • Sebagai pentadbir, anda bertanggungjawab untuk melindungi komuniti anda. Ahli bergantung harap pada kepimpinan anda apabila peraturan komuniti tidak dihormati. Mereka berharap anda akan mendukung peraturan secara konsisten dan mengalih keluar kandungan serta ahli yang melanggar peraturan tersebut.

    Galakkan ahli untuk bertindak apabila berdepan dengan kandungan dan/ atau orang yang bermasalah:

    • Sekat kenalan tersebut di WhatsApp
    • Hantar mesej kepada pentadbir Kumpulan atau komuniti secara peribadi untuk melaporkan masalah
    • Laporkan kemungkinan pelanggaran Terma Perkhidmatan WhatsApp kepada WhatsApp

    Jika boleh, pentadbir komuniti harus bekerjasama dengan pentadbir dan ahli Kumpulan untuk mengurus dan menyelesaikan isu pada tahap Kumpulan. Jika anda memilih untuk melaporkan kelakuan atau kandungan yang bermasalah kepada WhatsApp, anda boleh melaporkan mesej dan akaun tertentu dengan menekan lama pada mesej. Pelaporan mesej tidak membabitkan akaun atau kandungan lain dalam komuniti anda.

    Perihal menyekat dan melaporkan kenalan

  • Ucapan berunsur kebencian, keganasan, pornografi, atau mesej lain yang tidak diingini atau berbahaya yang melanggar peraturan komuniti harus dipadamkan dengan segera supaya kandungan itu tidak dilihat oleh lebih ramai ahli. Anda perlu menghubungi serta menyiasat sumbernya dengan segera untuk mengetahui niat mereka.

    Jangan teragak-agak untuk mengalih keluar ahli daripada Kumpulan atau komuniti sekiranya terjadi perlanggaran peraturan yang serius. Jika anda mengalih keluar ahli yang terkenal, pertimbangkan untuk menghantar mesej ringkas yang menerangkan bahawa individu itu bukan lagi sebahagian daripada Komuniti. Berhati-hati untuk tidak mendedahkan sebarang butiran peribadi sensitif yang berkaitan dengan keadaan atau ahli yang terlibat.

    Anda, para pentadbir dan semua ahli harus berwaspada terhadap penghasut maya dan pelaku musnah. Penghasut maya berniat untuk menimbulkan kontroversi dan biasanya menggunakan identiti palsu dan berkelakuan jelik. Pelaku musnah ialah orang yang mengambil alih Kumpulan anda, contohnya dengan mengubah gambar Kumpulan anda. Alih keluar penghasut maya dan pelaku musnah atau ahli yang tidak mematuhi peraturan komuniti dengan cepat.

    Walau apa pun tindakan yang anda ambil, sebaik-baiknya tegaskan peraturan dalam kumpulan Pengumuman dan maklumkan kepada semua ahli komuniti tentang usaha anda untuk menyelesaikan masalah.

  • Ahli bergantung harap pada anda untuk memastikan keselamatan komuniti. Jangan biarkan orang bertindak secara tidak wajar, menakut-nakutkan anda, atau cuba menghalang anda daripada melakukan perkara yang betul. Anda boleh menyekat ahli yang menghubungi anda setelah dialih keluar atau cuba menghalang anda daripada mengalih keluar mereka daripada Kumpulan atau komuniti.

    Setelah disekat, mesej, panggilan dan kemas kini status yang dihantar oleh bekas ahli tidak akan dipaparkan pada telefon anda dan tidak akan dihantar kepada anda. Kali terakhir dilihat, dalam talian, kemas kini status dan sebarang perubahan pada foto profil anda tidak lagi boleh dilihat oleh kenalan yang disekat.

  • Apabila anda melaporkan ahli, WhatsApp mungkin akan mengharamkan akaun mereka jika kami percaya mereka telah melanggar Terma Perkhidmatan kami. Galakkan ahli anda agar menyemak secara teliti bahagian "Penggunaan Perkhidmatan Kami yang Boleh Diterima" dalam Terma Perkhidmatan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan WhatsApp yang sesuai, serta aktiviti yang melanggar Terma Perkhidmatan kami dan boleh mengakibatkan pengharaman akaun.

    Sekiranya akaun diharamkan, pengguna akan melihat mesej berikut apabila cuba mengakses WhatsApp – "Nombor telefon anda telah diharamkan daripada menggunakan WhatsApp. Hubungi Sokongan untuk mendapatkan bantuan." Jika pengguna percaya akaun mereka tidak sepatutnya diharamkan, mereka boleh menghubungi WhatsApp dan kes akan dibuka.

    Sekiranya berlaku kecemasan atau jika anda bimbang seseorang ahli boleh membahayakan diri mereka sendiri atau orang lain, hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan anda atau talian bantuan pencegahan bunuh diri dengan segera. Sekiranya anda menerima atau terjumpa kandungan yang menunjukkan penderaan atau eksploitasi kanak-kanak, hubungi Pusat Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi Kebangsaan (NCMEC) atau Pusat Kanak-kanak Hilang & Dieksploitasi Antarabangsa (ICMEC) dan laporkan serta sekat pengguna tersebut. Jangan sesekali memajukan kandungan tidak sopan kepada orang lain, walaupun dengan cara menghentam, semasa menghantar mesej tentang kejadian itu.

    Cara untuk kekal selamat di WhatsApp

Teruskan pembelajaran

Pentadbir komuniti memikul tanggungjawab yang besar untuk mengurus dan mengembangkan komuniti secara selamat. Ketahui cara merekrut dan membina pasukan pentadbir yang mantap, berkongsi bebanan kerja dan membangunkan proses untuk membantu anda menjalankan tugas secara berkesan.

Kembali ke 201: Menangani Konflik dan Menggalakkan Keterangkuman
Adakah artikel ini membantu?
YaTidak
Apakah sebabnya artikel ini tidak membantu?
  • Artikel ini mengelirukan
  • Artikel ini tidak menyelesaikan masalah saya
  • Artikel tersebut tidak berkaitan dengan saya atau komuniti saya
  • Artikel ini tidak menjelaskan cara untuk melaksanakan tindakan ini dalam WhatsApp
Terima kasih atas maklum balas anda

SETERUSNYA

203: Mengurus dan Menugaskan Peranan untuk Komuniti Berbilang Pentadbir
LIHAT TUTORIAL
KEMBALI KE ATAS
Muat turun
Logo Utama WhatsApp
Logo Utama WhatsApp
Muat turun
Perkara yang kami lakukan
CiriBlogKeselamatanUntuk Perniagaan
Diri kami
Perihal kamiKerjayaPusat JenamaPrivasi
Gunakan WhatsApp
AndroidiPhoneMac/PCWhatsApp Web
Perlukan bantuan?
Hubungi KamiPusat BantuanAplikasiNasihat Keselamatan
Muat turun

2025 © WhatsApp LLC

Terma & Dasar Privasi
Sitemap